Dana Uji Beli merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh MTDC pada tahun 2024 sebagai sebahagian daripada Program MySTI yang dilancarkan oleh MOSTI pada 2023. Tujuan utama dana ini adalah untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan hasil R&D tempatan supaya ia dapat memenuhi dan melengkapkan keperluan perolehan kerajaan.
Dengan Dana Uji Beli, produk atau perkhidmatan syarikat tempatan akan diuji terlebih dahulu oleh Kementerian atau Agensi Kerajaan dalam tempoh tertentu, sebagai persediaan untuk potensi penggunaan secara rasmi.
Kriteria Asas untuk Memohon Dana Uji Beli
Syarikat yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Logo MySTI: Syarikat mesti telah memperoleh logo MySTI dan nombor unik MySTI.
- Pendaftaran E-Perolehan: Syarikat perlu berdaftar dengan sistem E-Perolehan Kerajaan.
- Surat Niat (Letter of Intent): Perlu mendapatkan surat niat daripada Kementerian atau Agensi Kerajaan.
- Syarikat Tempatan: Berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (ROC) dan dimiliki sekurang-kurangnya 51% rakyat Malaysia.
Kategori Perbelanjaan yang Layak
Dana ini meliputi kos-kos berikut:
- Sewa atau Langganan: Kos penyewaan atau langganan produk/perkhidmatan untuk tujuan percubaan.
- Pembelian Bahan Pakai Habis: Kos untuk produk yang boleh digunakan sekali seperti bahan pakai habis.
- Kos Penggunaan Percubaan: Termasuk segala kos berkaitan untuk ujian.
- Kos Lain yang Diperlukan: Sebarang perbelanjaan lain yang berkaitan, dengan syarat ia diluluskan oleh Jawatankuasa Dana.
Jumlah Dana dan Tempoh Projek
- Jumlah Dana:
- Jumlah dana bergantung kepada kos keseluruhan projek (Maksiumum 100k dan boleh lebih bergantung kepada projek)
- Kelulusan dana tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Kelulusan Dana (JKD) yang dipengerusikan oleh KSU MOSTI.
- Tempoh Projek:
- Projek tidak boleh melebihi 6 bulan.
Proses Dana dan Pemantauan
- Instrumen Dana:
- Dana ini diberikan dalam bentuk geran.
- Proses Pembayaran:
- Pembayaran dibuat terus kepada syarikat berdasarkan sebut harga yang disediakan.
- Pemantauan:
- Sepanjang tempoh percubaan, syarikat perlu menyerahkan Laporan Prestasi Bulanan bagi memantau kemajuan projek.
Bagaimana Dana Uji Beli Membantu?
Dana ini bukan sahaja membantu memperkenalkan produk dan perkhidmatan hasil R&D tempatan kepada kerajaan, malah turut meningkatkan kebolehpercayaan produk di pasaran. Ini adalah langkah penting untuk menyokong inovasi dan daya saing syarikat tempatan di peringkat nasional.
Jika syarikat anda mempunyai produk atau perkhidmatan R&D yang memenuhi kriteria, ini adalah peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaan anda dengan sokongan kerajaan!
Untuk pendaftaran, layari portal rasmi MTDC dan mulakan langkah anda hari ini!