Memulakan perniagaan di Malaysia bukan sekadar soal idea dan modal. Ada satu perkara penting yang sering diabaikan oleh usahawan baru—lesen perniagaan! Tanpa lesen yang sah, perniagaan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jadi, jom kita faham jenis-jenis lesen perniagaan Malaysia yang ada di Malaysia.
1. Lesen Am (General Licenses)
Lesen ini adalah lesen asas yang perlu ada sebelum anda mula berniaga. Ia melibatkan:
- Pendaftaran Syarikat – Daftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Pendaftaran Cukai Syarikat & Pekerja – Settle cukai dengan LHDN.
- Pendaftaran KWSP & PERKESO – Jaga kebajikan pekerja anda.
- Lesen Premis Perniagaan & Papan Tanda – Dapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan untuk beroperasi secara sah.
Setiap perniagaan wajib ada lesen-lesen ini. Jika tidak, siap-siaplah kena saman!
2. Lesen Sektor/Industri Khusus (Sector/Industry-Specific Licenses)
Jika perniagaan anda berada dalam sektor tertentu, anda perlu mendapatkan lesen khas. Contohnya:
- Sektor Pembuatan – Mohon lesen daripada MIDA.
- Perdagangan & Pengedaran – Jika ada pegangan asing lebih 51%, perlu dapatkan kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
- Telekomunikasi & Penyiaran – Mohon lesen dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC).
- Industri Minyak & Gas – Rujuk Petronas untuk kelulusan.
- Pembinaan – Pastikan lesen CIDB ada dalam tangan.
- Perbankan – Dapatkan kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Setiap sektor ada syarat dan peraturannya sendiri, jadi pastikan anda semak dengan pihak berkuasa berkaitan.
3. Lesen Aktiviti Khusus (Activity-Specific Licenses)
Lesen jenis ini bergantung kepada aktiviti yang dijalankan. Antara contoh lesen aktiviti khusus adalah:
- Sijil Kelayakan Mesin Berlesen – Untuk perniagaan yang menggunakan mesin berat.
- Kelulusan Pengambilan Pekerja Asing – Jika mahu mengambil pekerja expatriate.
- Kelulusan Sistem Kawalan Pencemaran Udara – Untuk perniagaan yang menghasilkan pelepasan asap atau sisa berbahaya.
- Kelulusan Pelan Bangunan – Perlu jika anda ingin membuat ubah suai bangunan perniagaan.
- Lesen Cukai Jualan – Untuk perniagaan yang menjual barangan bercukai.
Rakaman sesi perkongsian Mokti
Lesen ini penting untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan keselamatan atau alam sekitar.
Di Mana Nak Semak dan Mohon Lesen?
Kalau anda pening kepala nak cari info tentang lesen perniagaan, jangan risau! Anda boleh semak di portal berikut:
- MalaysiaBiz Portal – Platform sehenti untuk daftar dan mohon lesen perniagaan.
- SMEinfo Portal – Panduan dan maklumat lengkap mengenai lesen perniagaan.
- BLESS Portal – Sistem permohonan lesen dalam talian dari pelbagai kementerian dan agensi.
Kesimpulan
Memiliki lesen perniagaan bukan sahaja memastikan operasi perniagaan anda sah di sisi undang-undang, tetapi juga memberi keyakinan kepada pelanggan dan pelabur. Jadi, sebelum mula berniaga, pastikan semua dokumen dan lesen lengkap!
Nak senang? Buat checklist dan mula daftar satu persatu. Semoga berjaya dalam perjalanan keusahawanan anda!