Apakah Bisnes Terbaik untuk Tahun 2026
Kita sudah memasuki Oktober. Maksudnya lagi 3 bulan saja 2025 akan meninggalkan kita. Bagi pendiri bisnes, another pass by
Kali ini saya akan ulas apakah trend bisnes tahun 2026 jika korang sama ada
- Pendiri bisnes untuk tambah peluang perniagaan
- Belum mula bisnes untuk ceburi bisnes apa yang bagi good reward
Sebelum kita bermula, eloklah saya ajak korang untuk ubah mindset berbisnes ni. Penting sebab jika mindset ini tak betul pada permulaan, potensi untuk gagal itu sangat tinggi
Mindset yang betul untuk buat bisnes adalah – Selesaikan masalah orang
Bunyi cliche tapi betul, itulah mindset yang betul jika korang nak buat bisnes. Jika tiada mindset ni, pasti jika ada sedikit cabaran, akan gugur dengan cepat. Mungkin pertanyaan, bukan ke ‘duit’ merupakan end goal nya ke?
Duit atau pulangan tu adalah ‘kesan sampingan’ jika kita boleh menyelesaikan masalah orang yang ramai ni. lagi ramai kita bantu selesaikan masalah, lagi banyak duit yang kita akan peroleh
3 Saiz Berbeza
Saya akan senaraikan mengikut 3 saiz berbeza
- Micro bagi jualan 300k kebawah setahun
- Small bagi jualan 300k-3m setahun
- Medium bagi jualan 3m keatas setahun
Penting sebab mengikut saiz yang berbeza, jenis bisnes juga akan berbeza yang menjadi trend pada tahun 2026 kelak
Micro

1. Content & Digital Services (Content Creator, Freelance Marketing, Micro-SaaS)
- Permintaan tinggi dari bisnes yang nak buat branding online.
- Modal rendah (laptop + internet).
- ROI cepat sebab servis berasaskan skill
- Ledakan AI buatkan lebih ramai bisnes Micro jenis ini muncul
2. Cloud Kitchen / Food Delivery Niche (Healthy Meals, Frozen Food, Specialty Cuisine)
- Makanan sihat & convenience meningkat permintaan.
- Platform Foodpanda, GrabFood, ShopeeFood buatkan pelanggan mudah cari
3. Halal Skincare / Kosmetik OEM Kecil
- Walaupun dah banyak tapi dengan modal permulaan yang rendah untuk bermula perniagan jenis ini kian meningkat
- Pasaran halal kosmetik global bernilai >USD 70 bilion menjelang 2027.
- Boleh mula dengan private label/OEM dalam kuantiti kecil.
Small

1. E-Commerce + Export Produk Tempatan (Halal Food, Modest Fashion, Handicraft)
- Cross border yang kini lebih mudah
- Pasaran luar negara minat produk Malaysia sebab kita terkenal dengan ‘halal’
- Sokongan MyExport MATRADE & platform Shopee, Lazada, TikTok.
2. Agrotourism / Eco-Tourism (Homestay + Experience)
- Langkawi, Sabah, Pahang, Perlis semakin popular untuk agro/eco-tourism.
- Kerajaan galakkan konsep “community-based tourism.”
3. IoT / Automation Services untuk SME
- Banyak SME nak automasi kos operasi (monitor stok, cashless, sistem kilang mini).
- Boleh jadi kontraktor perkhidmatan teknologi.
Medium

1. Renewable Energy (Solar, EV Infrastructure, Waste-to-Energy)
- Malaysia fokus Net Zero Carbon 2050.
- Banyak insentif kerajaan (Green Investment Tax Allowance).
2. Food Processing & Halal Functional Food Manufacturing
- Tinggi permintaan dari dalam & luar negara.
- Malaysia nak jadi hab halal dunia → peluang besar untuk kilang berskala sederhana.
3. SaaS / Platform Digital (ERP, Fintech, E-Commerce Backend)
- Bisnes perlukan sistem digital end-to-end.
- SaaS Malaysia sedang berkembang → lebih ramai SME sanggup bayar subscription.