Apa 20 isi penting Belanjawan 2026 untuk SME/Start Up?
Baru saja selesai pembentangan Belanjawan 2026 oleh PMX
Kami di BASE Community merumuskan 20 isi penting yang kami rasakan penting untuk SME/Start Up

🔹 PEMBIAYAAN & JAMINAN
1 – RM50 bilion kemudahan pinjaman & jaminan kerajaan untuk usahawan tempatan — meningkat daripada RM40 bilion tahun lalu. (SJPP, BSN, TEKUN, SME Bank)
2 – RM2.5 bilion pinjaman mikro melalui BSN & TEKUN Nasional untuk bantu usahawan kecil dan mikro.
3 – RM30 bilion jaminan kerajaan di bawah SJPP termasuk diperluas kepada usahawan mikro.
4 – RM50 juta dana pembiayaan untuk koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
5 – RM1 bilion pembiayaan & geran oleh institusi kewangan pembangunan (DFI) bagi automasi dan pendigitalan PKS.
6 – RM500 juta pinjaman mudah EXIM Bank bantu syarikat eksport yang terkesan akibat perang tarif global.
7 – RM5 bilion jaminan SJPP eksport (hingga 70%) bagi PKS berorientasi eksport atau menembusi pasaran baharu.
8 – RM500 juta pinjaman Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) khusus untuk syarikat semikonduktor tempatan (termasuk startup PKS teknologi tinggi).
🔹 GERAN & PROGRAM PEMBANGUNAN
9 – RM30 juta tambahan untuk memperluas MyCIF (Malaysia Co-Investment Fund) ke peringkat ASEAN & sektor agritech, agetech, dan ekonomi penjagaan.
10 – RM60 juta Geran Pembangunan Pasaran MATRADE bantu PKS eksport produk ke pasaran baharu (Afrika, Amerika Latin, Asia Tengah).
11 – RM53 juta Geran Pecutan Digital Malaysia — mempercepat penerimagunaan teknologi seperti AI, blockchain dan kuantum bagi PKS.
12 – RM15 juta program Malaysia Techlympics & Rehlah Sains untuk memupuk budaya inovasi & sains dalam kalangan belia dan usahawan muda PKS.
13 – RM20 juta peruntukan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (MySTI & MyHIJAU) bagi meningkatkan pasaran produk tempatan PKS.
14 – RM55 juta dana Cradle Fund untuk pelaburan ekuiti dan bengkel inovasi GLC bagi startup & syarikat kecil sederhana.
15 – RM200 juta Dana Pelaburan Bersama Strategik – dana padanan kepada PKS yang menyertai rantaian bekalan sektor utama melalui platform ECF dan P2P.
🔹 SEKTOR KHUSUS
16 – RM100 juta pembiayaan khas SME Bank Halal bagi PKS halal.
17 – RM2 bilion jaminan SJPP Halal untuk pembiayaan PKS sektor halal (menaik daripada RM1 bilion).
18 – RM180 juta Dana Pembangunan Industri NIMP untuk PKS sektor farmaseutikal, semikonduktor, AI, digital & kelestarian.
19 – RM230 juta tambahan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk bantu usahawan wanita (meningkatkan dana kepada RM2.9 bilion).
20 – RM270 juta skim pembiayaan tambahan Bank Rakyat, BSN, MARA & SME Bank untuk PKS wanita dan usahawan wanita Bumiputera.
…
Insentif BASE Community untuk 2026
.
BASE Community akan melancarkan SOLO-Preneur Challenge iaitu program 6 bulan untuk SME/Start Up bagi membina bisnes dan jana pendapatan sehingga 100k dengan hadiah disediakan berjumlah RM 50 ribu
Pendaftaran akan dibuka pada 20 Oktober ini. Boleh lakukan pendaftaran awal di pautan ini