Lebih RM 11 Juta untuk 63 Start Up Terpilih di ITEC
Jika syarikat atau start up anda sedang mencari peluang untuk tembusi market China, pertandingan ITEC 2025 ini adalah intuk anda!
Usahawan dan startup dari seluruh dunia kini mempunyai peluang emas untuk menceburi pasaran China melalui ITEC 2025 Global Entrepreneurship Competition , sebuah pertandingan perniagaan antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Beijing bersama My Lives Global Business Platform. Acara ini akan berlangsung pada September 2025, dengan jumlah pembiayaan melebihi 17 juta yuan (sekitar RM11.5 juta) dikongsi antara 63 pemenang terpilih.

Pertandingan ini membuka pintu kepada startup inovatif dalam pelbagai bidang utama seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Industri, Keselamatan Digital, Kesihatan Digital, Metaverse, Budaya Digital, dan Industri Masa Depan seperti robot humanoid dan teknologi 6G. Ia direka khas untuk mempercepat pembangunan berkualiti tinggi di Daerah Chaoyang, Beijing — salah satu hab teknologi dan inovasi paling dinamik di China.
Setiap pemenang akan menerima bukan sahaja dana tunai, tetapi juga sokongan menyeluruh untuk menubuhkan perniagaan di China, termasuk:
- Penubuhan syarikat di Chaoyang District
- Bantuan visa dan imigresen
- Akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pejabat sehingga 500 meter persegi
- Sokongan dasar, pembiayaan, perlindungan hak intelek, serta akses ke platform R&D
- Rangkaian dengan pelabur, agensi kerajaan, dan rakan industri
Hadiah tunai utama termasuk Grand Prize sehingga 5 juta yuan (RM3.2 juta) untuk satu pemenang, diikuti hadiah pertama, kedua, ketiga, dan kategori Talent Track untuk usahawan muda berpotensi.
Networking bersama Sate 7 Pagi
Proses penilaian bermula dengan pendaftaran dari 1 hingga 26 Ogos 2025 , diikuti peringkat kualifikasi, separuh akhir dalam talian, dan Final Asia Tenggara di Kuala Lumpur (24–25 September 2025) sebelum pergi ke Final Global di China.
Syarat penyertaan
- Syarikat ditubuhkan selepas 1 Januari 2015
- Pemilik memegang sekurang-kurangnya 30% saham
- Berminat untuk berkembang di Chaoyang
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua startup tempatan dan antarabangsa. Jangan lepaskan peluang untuk membawa inovasi anda ke pasaran Asia terbesar! Daftar sebelum 26 Ogos 2025 di pautan ini dan mulakan perjalanan global anda hari ini.
#ITEC2025 #StartupMalaysia #InovasiGlobal #UsahawanMasaDepan #TechCompetition