Qarbotech wakili Malaysia dalam Start Up World Cup 2025
Baru baru ini diadakan acara final Start Up World Cup Malaysia 2025 di ABS, Kuala Lumpur. Sebanyak 1p start up pelbagai industri mengikuti pertandingan ini dan Qarbotech telan dinobatkan sebagai juara
Penganjur utama Growth Charger dan disokong oleh Cradle Fund Sdn Bhd, acara ni jadi pentas buat startup tempatan tunjuk aksi, sambil digilap potensi untuk berkembang tak kira dalam atau luar negara.
Mengenai Qarbotech

Qarbotech — startup yang bawa teknologi quantum dots biokompatibel yang dipatenkan untuk tingkatkan fotosintesis tumbuhan, hasilkan pertumbuhan sehingga 60% lebih tinggi. Mereka akan mewakili Malaysia Barat ke Grand Final Startup World Cup 2025 di Silicon Valley, bersaing untuk peluang dapatkan pelaburan sebanyak US$1 juta daripada Pegasus Tech Ventures.
Senarai 10 Startup yang Bertanding:
- Wiser Machines – Gunakan IIoT & AI untuk bantu kilang elak kerosakan mesin secara tiba-tiba.
- Stratetics Experts – Platform AI mereka, Node Comp, buat penyelenggaraan prediktif untuk paip guna gabungan IoT, simulasi & pemeriksaan drone.
- LiquePro – Ubah sisa plastik tak kisar jadi bahan api bernilai tinggi dalam 45 minit — sokong ekonomi bulatan.
- GoBarakah – Fintech khusus untuk sektor derma (USD500 bilion) — pastikan sumbangan telus, boleh dikesan & bebas penipuan.
- Pacton Technologies – FishSpeak guna AI & penglihatan mesin untuk pantau kesihatan ikan & kualiti air secara masa nyata — kurangkan sisa makanan & kematian ikan.
- Qarbotech – QarboGrow, larutan nano mesra alam dari sisa pertanian, tingkatkan fotosintesis dua kali ganda.
- ADA Biotech – Ubah sisa pertanian jadi straw biodegradasi & pasir kucing mesra alam — alternatif mampan untuk industri F&B & haiwan peliharaan.
- Pixelence – Ganti pewarna kimia toksik dengan imaging kontras berasaskan AI — jimat 60%, elak kesan sampingan dalam diagnosis perubatan.
- Reyhut Automation – Platform daftar masuk sendiri untuk hotel & homestay — akses QR, pengurusan tenaga pintar & integrasi tempahan untuk tingkatkan kecekapan.
- Ecosphere Prime – Kumpul data iklim hiperlokal melalui rangkaian nod terdesentralisasi — beri maklumat cuaca masa nyata & bayar pengguna, macam “Waze untuk iklim”.
Kami mengucapkan tahniah kepada pihak Qarbotech, semoga mendapat kejayaan di peringkat dunia nanti!