Dana Mudahcara MySTI: Peluang Pembiayaan untuk Start-up dan PKS Tempatan
Dana Mudahcara MySTI merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu syarikat start-up dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang telah membangunkan teknologi sendiri serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Inisiatif ini bertujuan membantu syarikat tempatan menembusi peluang perolehan kerajaan dengan menyediakan modal kewangan untuk menampung kos pengeluaran produk atau perkhidmatan sepanjang tempoh projek, khusus untuk…