Adakah anda seorang usahawan Fnb dan Perkhidmatan yang sedang mencari platform untuk melonjakkan perniagaan anda ke tahap seterusnya? Jika ya, inilah masanya untuk anda Pitch and Grow!
Kami menjemput anda untuk menyertai satu program pitching perniagaan eksklusif yang direka khas untuk pemilik perniagaan dalam industri F&B dan Perkhidmatan yang telah beroperasi antara 6 bulan hingga 3 tahun. Jika anda memiliki jenama yang unik, scalable, dan mempunyai potensi pertumbuhan pendapatan yang jelas — inilah pentas terbaik untuk anda.
🎯 Siapa yang Layak?
Program Pitch and Grow ini terbuka kepada:
- Pemilik, rakan kongsi, atau pembuat keputusan utama dalam syarikat
- Perniagaan yang telah berdaftar dengan SSM
- Mempunyai idea dan model perniagaan yang jelas, unik serta mampu dikembangkan
- Mempunyai jenama yang kukuh dan aktif di media sosial
- Bukan perniagaan francais dan bukan pelanggan sedia ada PERNAS
💡 Kenapa Anda Perlu Sertai?
- Pendedahan kepada pakar industri dan pembiaya yang berpengaruh
- Peluang pitching secara langsung kepada rakan strategik
- Maklum balas terus untuk penambahbaikan model bisnes anda
- Berpotensi untuk dipilih menyertai program pembiayaan dan sokongan perniagaan khas
📽 Cara Menyertai
Mudah sahaja!
Isi borang permohonan dengan maklumat perniagaan anda, termasuk:
- Rekod pendapatan terkini
- Penerangan ringkas jenama dan pasaran sasaran
- Video pitching berdurasi ringkas (1-2 minit) yang menunjukkan keunikan dan semangat anda
Tip Emas: Gunakan peluang dalam video anda untuk menyerlahkan siapa diri anda dan kenapa jenama anda layak diberi perhatian. Jadikan video anda sebagai detik permulaan untuk Pitch and Grow!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa jenama anda lebih jauh. Sertai kami dalam program Pitch and Grow dan bersedialah untuk membuka lembaran baharu dalam perjalanan keusahawanan anda.
Daftar di pautan ini jika berminat