HomeBlogGrantsDana Usahawan Madani Selangor (DUMS) Dilancarkan

Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) Dilancarkan

Berita baik untuk warga Selangor, Dana Usahawan Madani Selangor DUMS baru saja dilancarkan. Dana sehingga 30 ribu setiap syarikat ini bertujuan untuk menolong perusahaan kecil dan sederhana juga mikro untuk memajukan lagi perniagaan masing masing

Objektif

  • Meningkatkan daya tahan, daya saing dan daya maju perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana di Negeri Selangor
  • Mengukuhkan perniagaan atau perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana di Negeri Selangor melalui peningkatan produktiviti (pengeluaran jualan dan pendapatan)
  • Menyokong keperluan pembangunan perniagaan/perusahaan dan penggunaan teknologi
  • Membuka peluang kepada usahawan Mikro, Kecil dan sederhana di Negeri Selangor untuk mempelbagaikan dan mengkomersialkan produk

Jom Buka Puasa Bersama Pinn Yang

Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor / telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
  • Had umur pemohon adalah di antara 18 – 60 tahun.
  • Perusahaan di bawah kategori Mikro, Kecil atau Sederhana.
  • Perusahaan merentasi semua sektor termasuk sektor Industri Kreatif.
  • Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang kurangnya dua (2) tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau lebih orang bilangan pekerja tetap.
  • Konsisten dari segi pengeluaran.
  • Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara dalam talian).
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Pemohon yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja

Skop bantuan

Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah peralatan perniagaan /perkakasan kegunaan perniagaan yang dapat membantu meningkatkan produktiviti produk/perkhidmatan. Bantuan ini bukan berbentuk kewangan (non-monetory) dan peralatan tidak boleh ditukar dengan wang tunai

Cara Memohon

  • Dapatkan borang pemohonan di Pejabat Daerah/Tanah.
  • Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan ke Unit/Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/Tanah lokasi perusahaan dijalankan.

Boleh download borang disini

Selamat berjaya!

One thought on “Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) Dilancarkan

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara