HomeBlogAcaraAda apa di Pangyo StartUp Campus?

Ada apa di Pangyo StartUp Campus?

Baru baru ini kami menerima jemputan daripada salah satu agensi start up di Korea untuk kami menubuhkan syarikat disana. Sebab BASE Community ini belum lagi didaftarkan untuk sdn bhd (setakat ni hanya enterprise dan lebih kepada projek kecil kecilan) kami rasa ini peluang yang baik untuk mengembangkan komuniti ini

Tapi

Syaratnya kena berada disana buat masa 6 bulan!

Disebabkan tiada team yang boleh commit untuk kesana, maka kami buka peluang pekerjaan siapa yang boleh menyahut cabaran ini untuk membuka syarikat disana

Syaratnya

  • Perlu ada pengalaman dalam dunia start up at least 3 tahun
  • Gaji RM 6k
  • Berada di Korea selama 6 bulan (bermula bulan September ini)

Alhamdulillah, dapat banyak sangat permohonan sehingga lebih 50 resume diterima!

Setalah ditapis, kami memilih 8 orang untuk sesi interview pada hari Isnin nanti

Daripada 8 orang ini, kami akan memilih 2 orang untuk compete dalam membangunkan komuniti ini dan seorang akan dihantar kesana pada bulan September nanti

Agak panjang perjalanannya, harap semuanya dipermudahkan

Yang terpilih akan berkampung di Pangyo StartUp Campus

Ia satu daerah di Korea yang sememangnya melahirkan banyak start up. Saya sendiri pernah buat lawatan ke StartUp Campus di Seoul dan sangat teruja dengan fasiliti dan juga kemudahan disediakan oleh pihak sana. Katanya di Pangyo ni lagi lengkap!

Kalau nak ikutkan, nak juga berada disana selama 6 bulan tapi disebabkan komitmen disini, terpaksa hantar wakil kesana. Harap ada yang sudi membangunkan komuniti BASE ini menjadi sebuah start up yang gah suatu hari nanti!

Leave a Reply