HomeBlogGrantsPermohonan GrowMatch kini dibuka

Permohonan GrowMatch kini dibuka

Satu lagi inisiatif dari Security Commision iaitu GrowMatch kini dibuka kepada usahawan seluruh Malaysia

LATAR BELAKANG

Akses kepada pembiayaan merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan asas tani. Memperluaskan pilihan pembiayaan adalah penting demi memacu sektor pertanian yang lebih moden dan mampan selaras dengan agenda negara dalam meningkatkan keterjaminan makanan.

Pembiayaan alternatif seperti pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) boleh menawarkan lebih banyak pilihan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Salah satu inisiatif yang bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem pembiayaan pertanian ialah GROWMatch.

TENTANG

GROWMatch ialah platform padanan yang dipelopori SC, bertujuan menghubungkan usahawan dan PMKS dalam sektor pertanian dan industri asas tani dengan bakal pelabur, khususnya firma modal teroka (VC) dan ekuiti persendirian (PE), ECF dan P2P. GROWMatch memberi peluang kepada usahawan dan PMKS untuk mengemukakan dan membentangkan pelan perniagaan (pitch deck) kepada bakal pelabur.


Risiko menjadi penjamin

USAHAWAN SASARAN

Usahawan dan PMKS dalam sektor pertanian dan industri asas tani yang juga merangkumi teknologi makanan, teknologi pertanian, bioteknologi dan perniagaan berasaskan bio.

BILA

Permohonan KINI DIBUKA sehingga 15 Jun 2024.

CARA MEMOHON

  1. Lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dek pembentangan anda dalam format PDF
    (maksimum 1 fail, 10MB).
  2. PMKS yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel selewat-lewatnya pada 15 Julai 2024.
  3. Pada 9 Ogos 2024, PMKS terpilih akan diberi masa lima minit untuk pembentangan diikuti
    dengan sesi soal jawab selama lima minit dengan bakal pelabur.
    TEMPAT
    GROWMatch akan diadakan di bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
    HUBUNGI KAMI
    Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di GROWMatch@seccom.com.my

Pendaftaran boleh dibuat di pautan ini – klik sini

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara