HomeBlogGrantsBelanjawan 2025 dibawah seliaan Bank Negara untuk Usahawan

Belanjawan 2025 dibawah seliaan Bank Negara untuk Usahawan

Belanjawan 2025 baru saja dibentangkan semalam

Bagi usahawan, sudah pasti inisiatif dan berita mengenai bantuan apa kerajaan akan salurkan adalah dinantikan. Kami senaraikan peruntukan untuk PKS dibawah seliaan Bank Negara Malaysia

Secara kesimpulan

  • Lebih RM7 billion tersedia di bawah Dana BNM.
  • Dana akan disalurkan melalui institusi kewangan terlibat (PFI), yang terdiri daripada bank berlesen, institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui PFI dan kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian kredit PFI tersebut.

Berikut adalah programnya

 

Daripada dana BNM yang lebih daripada RM7 billion, RM600 juta telah diperuntukkan di bawah Dana BNM bagi empat segmen:

  1. Perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah
    1. RM200 juta di bawah MEF, di mana RM50 juta dikhususkan kepada program iTEKAD.
  2. Kontraktor kecil (G1-G4)
    1. RM200 juta di bawah AES untuk program CAKNA 2 bagi pembiayaan prakontrak kontraktor kecil G1 – G4 Bumiputera untuk projek berskala kecil Kerajaan sehingga RM1.5 juta ringgit satu kontrak.
  3. Keterjaminan makanan
    1. RM100 juta di bawah AF untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan kapasiti import bagi memenuhi permintaan makanan yang semakin tinggi.
  4. Amalan lestari dan rendah karbon
    1. RM100 juta di bawah LCTF bagi menyokong pensijilan berkaitan amalan lestari dan hijau.

Selamat mendepani 2025 sang peniaga!

One thought on “Belanjawan 2025 dibawah seliaan Bank Negara untuk Usahawan

Leave a Reply