Networking terlibat : Haruman Al Hakeem dan En Faridzul
Jenis pertolongan : Akses kepada pembiayaan
Nilai transaksi : RM 23 000
Testimoni Haruman Al Hakeem
Wangian badan dari UAE yang lebih dikenali dengan nama “Perfume Dubai”, bakhoor kayu gaharu asli, bakhoor timur tengah, wangian kereta & rumah dari timur tengah. Yang lebih istimewa adalah kasturi kijang asli premium di mana dalam pasaran terdapat 10% sahaja kasturi kijang asli (warna coklat kegelapan) yang di jual selebihnya adalah kasturi kijang sentetik (warna kuning)
Syarikat kami milik sepenuhnya anak tempatan di mana bulan nov ni genap 2 tahun dengan bermula dari berniaga di pasar pagi dengan meja sebesar 2 kaki (modal rm1200 sahaja) dan alhamdulillah dalam tempoh 2 tahun berkembangan menjadi 3 cawangan di bangi.
2 bulan lepas saya diperkenalkan dengan program speed network (program koperasi bangi) oleh tuan faridzul Asyraf untuk menyertai program ini. Pada mulanya saya berfikir apa faedah menyertai program ini sebab kami dah ada kedai & jualan yang baik. Rupanya semasa join sesi speed network ini banyak peluang lain tersedia antaranya “bisnes to bisnes” di mana syarikat saya boleh bekerja sama dengan pemilik syarikat lain untuk bisnes network yang mana kami dah beberapa kali membekalkan wangian kami dengan jumlah yang lebih banyak untuk di beri hadiah kepada staff & pelanggan mereka.
Ada yang lebih utama juga pihak koperasi khususnya tuan faridzul ada memberi tahu banyak saluran dari kerajaan berkaitan kewangan dengan pembiaan & grant kepada peniaga-peniaga.
Dari situ sangat membantu perkembangan perniaga syarikat saya untuk pergi ke angka yang lebih besar.
Alhamdulillah terima kasih.
Testimoni En Faridzul
Saya kenal dengan Ijan (pemilik Haruman Al Hakeem) sejak zaman Herbalife lagi. Saya tahu dia mempunyai bisnes trading sebab dia buka kedai jualannya berdekatan dengan salah satu kedai makanan saya
Dia jumpa saya semasa sesi networking anjuran BASE di Bangi katanya ada tak peluang pembiayaan untuk kembangkan lagi perniagaannya. Saya ada kongsi few yang dia boleh akses.
Memandangkan dia sudah mempunyai track record dengan pinjaman Hijrah, saya inform yang cuba bawa bank statement latest jumpa dengan pegawai dan berapa jumlah pembiayaan seterusnya dia boleh dapat.
Katanya dengan jumlah transaksi dan ending balancenya dia boleh dapat sehingga 23 ribu, jadi saya memintanya untuk menjelaskan baki pinjaman dan apply yang baru. Tak sampai sebulan dia dah dapat pembiayaan itu