HomeBlogTokohPerkongsian perjalanan perkongsian daripada EzyDurian

Perkongsian perjalanan perkongsian daripada EzyDurian

Rabu semalam berlangsungnya Program ‘Speaker Sharing Session’ Rasanya sesi sharing yang ke-9 tahun ni, kali ni dengan owner EzyDurian di EzyCafe Bangi

Memang menarik sebab beliau mula meniaga masa masih student lagi. Katanya, beliau mula berniaga sebab pernah kena scam. Nak bayar balik duit yang kena scam tu, dia terpaksa gigih berniaga. Ya lah, 30k masa student kena tipu dalam satu skim, memang terpaksa dia bekerja keras untuk bayar balik duit kena tipu tu

Kad Prepaid

Bermula dengan jual kad prepaid masa kat universiti awal 2000-an. Lepas habis belajar, jadi peguam sekejap. Tapi bila nampak peluang beli rumah lelong, dia terus grab. Lepas tu, dia nampak peluang lain dalam bidang supply wallpaper juga dia grab, kemudian renovation rumah.

Siapa top Start up di Malaysia?

Macam-macam jenis bisnes dah dia cuba!

Bisnes Jual Durian

Akhirnya, dia terjebak dengan bisnes durian. Itu pun secara tak sengaja sebab ada supplier yang tawarkan harga murah. Asalnya nak cuba-cuba saja, tapi akhirnya berjaya bina empayar durian yang sekarang menjana jualan sebanyak RM30 juta setahun!

Ada orang tanya, macam mana dia uruskan staf masa tak musim durian? Katanya, masa musim bukan durian, staf dia dapat rehat lebih. Dia pun gunakan masa tu untuk jalan-jalan serata dunia! Bukan dia saja, malah ada staf yang dia bawa bersama juga

Tapi bila musim durian tiba, memang semua kena standby kerja keras. Kadang-kadang balik pukul 3-4 pagi sebab nak cover order yang banyak.

Sesi untuk berinspirasi

Sesi sharing ni sebenarnya untuk beri inspirasi kepada usahawan lain yang nak berjaya. Saya selalu jemput usahawan yang dah capai jualan RM3 juta setahun ke atas untuk jadi speaker. Supaya kita yang baru nak mula atau yang tengah struggle dapat idea macam mana nak grow bisnes.

Strategi mendapatkan modal bisnes

Jadi, bukan semata-mata nak jual durian lepas dengar sesi ni, tapi nak dapatkan inspirasi dan panduan dari yang lebih berpengalaman.

Terima kasih Tuan Khairul Anuar dari EzyDurian atas perkongsian yang penuh inspirasi. Semoga EzyDurian terus maju jaya!

Jumpa lagi next event

Leave a Reply