Satu lagi inisiatif dari Security Commision iaitu GrowMatch kini dibuka kepada usahawan seluruh Malaysia
LATAR BELAKANG
Akses kepada pembiayaan merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan asas tani. Memperluaskan pilihan pembiayaan adalah penting demi memacu sektor pertanian yang lebih moden dan mampan selaras dengan agenda negara dalam meningkatkan keterjaminan makanan.
Pembiayaan alternatif seperti pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) boleh menawarkan lebih banyak pilihan pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Salah satu inisiatif yang bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem pembiayaan pertanian ialah GROWMatch.
TENTANG
GROWMatch ialah platform padanan yang dipelopori SC, bertujuan menghubungkan usahawan dan PMKS dalam sektor pertanian dan industri asas tani dengan bakal pelabur, khususnya firma modal teroka (VC) dan ekuiti persendirian (PE), ECF dan P2P. GROWMatch memberi peluang kepada usahawan dan PMKS untuk mengemukakan dan membentangkan pelan perniagaan (pitch deck) kepada bakal pelabur.
USAHAWAN SASARAN
Usahawan dan PMKS dalam sektor pertanian dan industri asas tani yang juga merangkumi teknologi makanan, teknologi pertanian, bioteknologi dan perniagaan berasaskan bio.
BILA
Permohonan KINI DIBUKA sehingga 15 Jun 2024.
CARA MEMOHON
- Lengkapkan borang permohonan dan lampirkan dek pembentangan anda dalam format PDF
(maksimum 1 fail, 10MB). - PMKS yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel selewat-lewatnya pada 15 Julai 2024.
- Pada 9 Ogos 2024, PMKS terpilih akan diberi masa lima minit untuk pembentangan diikuti
dengan sesi soal jawab selama lima minit dengan bakal pelabur.
TEMPAT
GROWMatch akan diadakan di bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
HUBUNGI KAMI
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di GROWMatch@seccom.com.my
Pendaftaran boleh dibuat di pautan ini – klik sini