HomeBlogGrantsProgram Start-Up Accelerator oleh Grab dan GXBank Dilancarkan

Program Start-Up Accelerator oleh Grab dan GXBank Dilancarkan

Program TeXnovasi Accelerator oleh Grab dan GXBank, yang kini dilancarkan, memberi peluang besar kepada usahawan fintech tempatan untuk berkembang. Dengan kerjasama MYStartup dan 1337 Ventures sebagai pengurus program, TeXnovasi memfokuskan kepada memperkasakan syarikat pemula (startup) dalam teknologi kewangan (fintech) di Malaysia.

Program selama 6 Bulan

Program selama enam bulan ini memberi tumpuan kepada pembangunan idea inovatif dalam sektor kewangan dan membuka akses kepada bimbingan pakar industri, akses kepada pembiayaan, dan peluang bekerjasama dengan pemain utama dalam industri.

Jual burger sehingga bursa

Setiap syarikat pemula yang terpilih akan melalui beberapa fasa, termasuk sesi orientasi secara maya, pembentangan idea (pitching), dan pembangunan bukti konsep (proof-of-concept) sebagai bukti kesediaan untuk beroperasi di pasaran.

Syarat

Bagi perniagaan memenuhi syarat dibawah, bolehlah sertai program ini yang baru saja dilancarkan pada 5 Novermber lepas

  • Syarikat yang sudah berdaftar
  • Berada dalam sektor fintech atau sektor lain lebih dari 1 tahun
  • Komitmen sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah fintech di Malaysia

TeXnovasi memberi perhatian kepada aspek keselamatan, aksesibiliti, dan pengalaman pelanggan dalam teknologi kewangan yang sedang berkembang pesat. Ini adalah langkah yang tepat bagi startup yang ingin menjadikan perkhidmatan kewangan lebih inklusif dan mesra pengguna di kalangan rakyat Malaysia.

Pitching

Pada akhir program, setiap peserta akan membentangkan projek mereka dalam sesi Demo Day di hadapan pelabur dan rakan industri untuk menarik minat terhadap kolaborasi selanjutnya. Ini juga membuka peluang kepada peserta untuk mendapatkan dana dan sokongan yang lebih luas bagi mengembangkan projek mereka.

Top 67 start up Malaysia

Dengan tarikh tutup permohonan pada 5 Januari 2025, program ini adalah peluang keemasan bagi syarikat pemula yang ingin memanfaatkan sumber industri dan memajukan inovasi fintech di Malaysia. Program ini bukan sahaja memudahkan syarikat pemula memperluas capaian mereka tetapi juga memacu ekosistem fintech negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi TeXnovasi.

Leave a Reply