HomeBlogTipsTop 5 Start Up Malaysia 2024

Top 5 Start Up Malaysia 2024

Bagi posting kali ini, kami senaraikan 5 terbaik Start Up di Malaysia mengikut valuation semasa dalam RM. Buat pengetahuan anda, kesemua 5 start up ini sudah mencapai penilaian RM 1b, cuma untuk jadi unicorn, perlulah valuation lebih 1b USD yang mana hanya 1 start up Malaysia sahaja buat masa sekarang

No 5 – Aerodyne Group (Ditubuhkan Januari 2018)

Aerodyne Group adalah syarikat penyedia penyelesaian dron bersepadu yang telah diiktiraf secara global. Mereka menawarkan perkhidmatan dron yang merangkumi pelbagai industri seperti tenaga, pembinaan, dan pertanian. Penilaian mereka sebanyak RM1.13 bilion menunjukkan potensi besar teknologi dron dalam masa depan industri global.

No 4 – DF Automation and Robotics (Ditubuhkan Jun 2012)

DF Automation and Robotics adalah syarikat yang memfokuskan kepada penyelesaian automasi industri melalui pembangunan robot dan teknologi automasi. Dengan penilaian sebanyak RM1.30 bilion, syarikat ini berada di barisan hadapan dalam memacu revolusi perindustrian di Malaysia dan rantau ini.

No 3 – Teleport (Ditubuhkan Mei 2019)

Teleport, anak syarikat logistik AirAsia, beroperasi sebagai platform logistik yang menyediakan penyelesaian penghantaran untuk e-dagang dan perniagaan lain. Dengan penilaian sebanyak RM1.34 bilion, Teleport telah menjadi pemain utama dalam sektor logistik yang memanfaatkan rangkaian penerbangan AirAsia

No 2 – Touch ‘n Go Digital (Ditubuhkan November 2017)


Touch ‘n Go Digital mengendalikan platform dompet digital yang sangat popular di Malaysia, memberikan pengguna kemudahan dalam urusan harian seperti pembayaran tanpa tunai dan transaksi dalam talian. Syarikat ini mempunyai penilaian sebanyak RM3.65 bilion, menunjukkan pertumbuhan pesat dalam sektor teknologi kewangan.

No 1 – CARSOME (Ditubuhkan Julai 2014)


CARSOME merupakan platform e-dagang automotif terbesar di Asia Tenggara, yang memudahkan proses pembelian dan penjualan kenderaan terpakai. Dengan penilaian sebanyak RM7.48 bilion (1.7 bilion USD), CARSOME telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam industri automotif digital dengan rangkaian yang luas di seluruh rantau ini. Start Up ini juga merupakan start up pertama yang capai valuation 1b seterusnya bergelar Unicorn di Malaysia

.

Usaha nak menaikkan akses data kepada penggiat start up, BASE telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Top 67 Malaysia Start Up sempena 67 tahun kemerdekaan di negara kita. Boleh dapatkan di pautan ini – https://basecommunity.org/product/ebook-top-67-malaysia-start-up/

Menariknya mengenai senarai ini, kami asingkan kepada 4 bahagian Top 67 yang mana parameternya adalah

  • Valuation
  • Jumlah funding
  • Revenue
  • Profit before tax

Early bird RM 49 sudah tamat, tapi anda boleh dapatkan senarai ini dengan harga RM 67 sahaja. Harga ini akan dinaikkan kepada 167 setelah cukup 100 kuota. Dapatkannya sekarang di pautan ini – Klik sini

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara