HomeBlogGrantsSME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024

SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024

SME Bank dengan sukacitanya memperkenalkan SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024 (SSSIC). Pertandingan ini bertujuan untuk mencari idea perniagaan inovatif yang mempunyai impak yang signifikan terhadap alam sekitar, sosial, dan ekonomi.

Para usahawan dan inovator berpeluang untuk menunjukkan kreativiti mereka dan mencadangkan penyelesaian unik kepada cabaran-cabaran masa kini. Peserta akan membentangkan idea mereka untuk dinilai oleh panel pakar.

Idea terbaik akan menerima pengiktirafan dan berkemungkinan besar dilaksanakan di dunia nyata, memberi kesan positif dalam kehidupan masyarakat. Satu projek inovasi yang menang akan mewakili Malaysia di Swiss Innovation Challenge 2024 International Pitch pada 21 Oktober 2024.

Sesi Rakaman Pinn Yang : Content Creator kepada Digital Media

Pertandingan ini mengalu-alukan penyertaan bagi apa jua model atau idea perniagaan pada sebarang peringkat pembangunan, dari konsep/ideasi hingga kepada perusahaan. Penyertaan mestilah menunjukkan penyelesaian yang nyata yang sejajar dengan sekurang-kurangnya satu atau lebih sasaran dan indikator daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikut:

  1. SDG 1 – No poverty
  2. SDG 4 – Quality Education
  3. SDG 6 – Clean Water and Sanitation
  4. SDG 7 – Affordable and Clean Energy
  5. SDG 12 – Responsible Consumption and Production
  6. SDG 13 – Climate Action
  7. SDG 14 – Life Below Water

Hadiah menarik menanti bagi 2 kategori

PemenangUniversityTerbuka
1stRM20,000.00RM30,000.00
2ndRM15,000.00RM20,000.00
3rdRM10,000.00RM15,000.00

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 26 JULY 2024

Pemenang juga akan mewakili Malaysia ke peringkat seterusnya!

Bagi mendaftar, boleh klik ke pautan ini – https://www.smebank.com.my/sssic2024

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara