HomeBlogGrantsRural Business Challenge 2.0 telah dibuka pendaftaran

Rural Business Challenge 2.0 telah dibuka pendaftaran

RBC atau Rural Business Challenge 2.0 adalah satu pertandingan keusahawanan yang baru saja dilancarkan pada 24 November 2023 di KUD Putrajaya. Pertandingan ini khas untuk usahawan luar bandar bagi mengembangkan perniagaan mereka

Pengenalan

Program Rural Business Challenge (RBC) mula diperkenalkan pada tahun 2012 di mana ia merupakan program pengembangan perniagaan melalui penganjuran pertandingan penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) dalam kalangan usahawan belia luar bandar seluruh Malaysia.  Program RBC 2.0 merupakan kesinambungan daripada program RBC terdahulu di mana kaedah pelaksanaannya akan ditambah baik dan kategori yang akan dipertandingkan adalah hanya pengembangan perniagaan [perniagaan berdaftar yang telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun].

Belajar cara bernetworking dengan betul

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang berupa geran kemenangan berjumlah RM15 Juta secara keseluruhan.

Objektif

  •  Menggalakkan golongan belia khususnya di luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
  •  Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan luar bandar
  •  Mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik untuk didiami.

Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan;
  2. Usahawan belia yang mempunyai perusahaan dan premis perniagaan yang beroperasi, berlesen dan bertapak di kawasan luar bandar;
  3.  Mempunyai Perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah dan Sarawak serta telah beroperasi melebihi 3 tahun;
  4.  Para pemenang RBC terdahulu adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan RBC 2.0;
  5. Pertandingan ini hanya terbuka kepada kategori pengembangan perniagaan sahaja;
  6.  Pemohon TIDAK berstatus SENARAI HITAM atau MUFLIS;
  7. Rancangan Perniagaan yang lengkap dan memenuhi terma dan syarat serta format pertandingan sahaja akan dinilai;
  8. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan pertandingan secara atas talian.
  9. Dengan penyertaan ini, peserta bersetuju untuk memenuhi terma dan syarat pertandingan serta keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Program RBC 2.0 (JPP-RBC 2.0), KKDW;
  10. Semua keputusan pertandingan adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.

Pendaftaran kini sudah dibuka, boleh layari portal rasmi untuk mendaftar di pautan ini – https://www.rbc2u.com/

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara