HomeBlogGrants12 Pembiayaan Usahawan MARA yang tak ramai tahu

12 Pembiayaan Usahawan MARA yang tak ramai tahu

MARA atau Majlis Amanah Rakyat adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1966 bagi membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar. Ramai yang tahu mengenai MARA dalam pendidikan tapi tak ramai yang tahu MARA juga sediakan insentif untuk usahawan terutama usahawan baru bermula

Kami di platform BASE terpanggil untuk war warkan pembiayaan MARA ini kepada ahli ahli. Jika anda belum sertai komuniti BASE boleh buat pendaftaran di pautan ini

1. PUTRA

Fokus pembiayaan kepada belia yang berumur 40 tahun ke bawah bagi melibatkan diri di dalam bidang perniagaan.

Had Maksimum : 10 ribu

Kadar keuntungan : 4%

Link pendaftaran : Klik sini

2. SKIM OKU

Permohonan pembiayaan daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

Had Maksimum : 50 ribu

Kadar keuntungan : 0%

Link pendaftaran : Klik sini

3. SEMAI

Pembiayaan kepada bakal usahawan atau usahawan lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi menjalankan perniagaan

Had Maksimum : 50 ribu

Kadar keuntungan : 4%

Link pendaftaran : Klik sini

4. DANA NITA

Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Had Maksimum : 150 ribu

Kadar keuntungan : 3.5%

Link pendaftaran : Klik sini

5. PROFESIONAL

Pembiayaan khas kepada usahawan profesional seperti doktor, akauntan, farmasi, peguam, arkitek dan sebagainya.

Had Maksimum : 500 ribu

Kadar keuntungan : 4%

Link pendaftaran : Klik sini

6. PUTEK

Pembiayaan untuk pembelian mesin dan peralatan dengan 40% geran pembiayaan jika rekod bayaran balik adalah baik.

Had Maksimum : 500 ribu

Kadar keuntungan : 0%

Link pendaftaran : Klik sini

7. SPIM

Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan kapasiti & mengembangkan perniagaan

Had Maksimum : 500 ribu

Kadar keuntungan : 4%

Link pendaftaran : Klik sini

8. MISA

Pembiayaan khusus kepada usahawan automotif yang berhasrat untuk meningkatkan skop perniagaan (2S – 5S).

Had Maksimum : 1 juta

Kadar keuntungan : 2%

Link pendaftaran : Klik sini

9. PRIN

Pembiayaan yang ditawarkan kepada pengilang Bumiputera yang terlibat di dalam bidang pengeluaran (Produk) dan lain-lain perniagaan

Had Maksimum : 1 Juta

Kadar keuntungan : 2%

Link pendaftaran : Klik sini

10. SPIKE

Pembiayaan yang ditawarkan kepada kontraktor Bumiputera sebagai modal kerja kontrak yang diterima daripada kerajaan / agensi / GLC

Had Maksimum : 1 JUTA

Kadar keuntungan : 6%

Link pendaftaran : Klik sini

11. SJUM

Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera dengan kerjasama bank melalui jaminan oleh MARA sehingga 80%

Had Maksimum : 2 Juta

Kadar keuntungan : BFR + 0% hingga 1%

Link pendaftaran : Klik sini

12. GEB

Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan dengan kerjasama SME Corp untuk pasaran eksport dan antarabangsa.

Had Maksimum : 2.5 JUTA

Kadar keuntungan : 2%

Link pendaftaran : Klik sini

PENDAFTARAN ONLINE

Kesemua skim ini anda boleh buat pendaftaran secara online. Tidak perlu agent atahupun 3rd party yang uruskan, proses cukup mudah. Jika belum layak untuk sesetengah program, pastikan anda buat perniagaan dan simpan dokumen agar mudah untuk apply apabila layak kelak

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara