HomeBlogGrantsGeran pelancaran : Bantuan RM2700 secara one-off

Geran pelancaran : Bantuan RM2700 secara one-off

Pihak kerajaaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan geran pelancaran. Di atas keprihatinan kerajaan dan ianya dilihat masih relevan, bantuan ini masih diteruskan.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu dan terlepas pandang kewujudan inisiatif istimewa ini boleh dimohon dan memberi manfaat kepada pemohon yang layak. Kadar pemberian insentif tambahan GP ini adalah berjumlah RM2700 diberikan secara sekaligus (One-off). Manakala, objektif utama inisiatif GP ini masih dilancarkan adalah bagi memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar jabatan. Inisiatif ini dalam memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecilan.

Dengan adanya insentif one-off ini dapat menggalakan golongan kurang berkemampuan untuk berdikari dan secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup. Jika berjaya, mereka tidak berlu lagi bergantung dengan bantuan-bantuan kerajaan.

Dibawah adalah senarai kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan tunai RM2700 ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kumpulan/ golongan sasar.

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (Geran Pelancaran) – DI SINI

Untuk makluman, bantuan ini dibuka kepada rakyat Malaysia yang merupakan kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada. Jangan khuatir, jika anda kurang berkemampuan boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu sebelum mohon bantuan GP ini.

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila ikuti lebih banyak senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon di Base Community.

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara