HomeBlogGrantsKenali Kategori Pelabur Ini Dahulu Sebelum Nak Terima Pelaburan

Kenali Kategori Pelabur Ini Dahulu Sebelum Nak Terima Pelaburan

Memulakan perniagaan memerlukan modal yang mencukupi. Namun, kebanyakan usahawan, terutamanya mereka yang baru memulakan langkah, menghadapi masalah kekurangan dana. Justeru, mendapatkan pembiayaan daripada pelabur menjadi pilihan popular.

Terdapat pelbagai jenis pelabur yang boleh membantu dalam menyediakan modal permulaan perniagaan. Antaranya:

  1. Angel Investor

Angel investor merujuk kepada individu berkemampuan yang membuat pelaburan awal dalam perniagaan permulaan. Lazimnya, mereka menyuntik dana antara RM50,000 hingga RM500,000 sebagai pertukaran untuk ekuiti dalam syarikat berkenaan.

2. Venture Capital @ Modal Teroka

Seterusnya, syarikat modal teroka yang menyediakan pembiayaan untuk perniagaan baharu serta perniagaan kecil yang mempunyai potensi pesat tetapi risiko tinggi. Pelaburan yang dikeluarkan biasanya melebihi RM1 juta. Syarikat sebegini sering memberi tumpuan kepada sektor teknologi dan bioteknologi yang dijangka memberi pulangan lumayan.

3. Crowdfunding

Crowdfunding merupakan satu konsep mendapatkan dana orang ramai bagi membiayai sesuatu projek atau perniagaan melalui platform dalam talian. Terdapat beberapa platform crowdfunding tempatan seperti PitchIN yang memudahkan syarikat mendapatkan dana alternatif daripada masyarakat umum.

4. Peer To Peer @ P2P

Selain itu, pinjaman P2P membolehkan individu meminjam wang secara terus dengan individu lain tanpa perantara institusi kewangan. Platform seperti Funding Societies menghubungkan peminjam dengan pelabur bagi tujuan ini.

5. Private Equity @ Ekuiti Swasta

Akhir sekali, syarikat ekuiti swasta yang membeli ekuiti dalam syarikat matang tidak tersenarai dalam pasaran saham. Kemudian, syarikat berkenaan dibantu untuk meningkatkan perkembangan perniagaan sebelum dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Lazimnya, pelaburan melebihi RM5 juta dilakukan.

Selain itu, terdapat pelbagai dana pelaburan kerajaan seperti Cradle Fund dan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP) yang menyokong perniagaan kecil tempatan. Skim pembiayaan kerajaan seperti Skim Anjakan Usahawan (TERAJU) juga memudahkan akses kepada pembiayaan perniagaan.

Walau apa pun, sebelum hendak menerima pelaburan luar dalam perniagaan anda ini, sila pastikan bahawa anda sudah mempunyai perancangan perniagaan yang lengkap dan rapi supaya duit pelaburan ini tidak hangus kerugian begitu sahaja

Nota : Sekiranya anda sedang mencari modal tambahan untuk mulakan ataupun ingin kembangkan perniagaan anda, boleh rujuk dahulu Ebook Strategi Modal Bisnes yang telah kami rangkumkan semua strategi dan bagaimana untuk dapatkan modal perniagaan melalui pelaburan luar ataupun geran mahupun pinjaman bank. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara