HomeBlogAcaraPADU PANGKALAN DATA UTAMA DILANCARKAN

PADU PANGKALAN DATA UTAMA DILANCARKAN

PADU atau Pangkalan Data Utama adalah inisiatif terbaru kerajaan dalam mengumpulkan pangkalan data rakyat bagi memudahkan operasi di kemudian hari. Operasi dimaksudkan termasuklah penyampaian maklumat dan juga saluran bantuan kepada rakyat yang layak dapat

2 Januari 2024 secara rasmi rakyat Malaysia warganegara boleh kemaskini data di portal padu.gov.my Disebabkan trafik yang agak tinggi, dinasihatkan boleh kemaskini sebelum 31 March 2024

Pengenalan

PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

PADU dilancarkan pada 2 Januari 2024 oleh PM X

Objektif PADU

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Matlamat PADU

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
  3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Daftar di pautan ini sebelum 31 March 2024

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara