HomeBlogGrantsPhDPreneur – Peluang jadi usahawan berteknologi

PhDPreneur – Peluang jadi usahawan berteknologi

Program PhDPreneur bertujuan untuk melatih para graduan dan bakal graduan PhD dengan kemahiran berkaitan pengkomersialan hasil penyelidikan dan keusahawanan. sekali gus meningkatkan kadar pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan tempatan. Melalui program ini, calon dalam kalangan graduan atau bakal graduan PhD akan disaring bagi mengenal pasti kelayakan untuk menyertai program ini.

25 peserta akan dipilih untuk menyertai latihan, dan seterusnya menubuhkan syarikat pemu la (startup) bagi tujuan mengkomersialkan hasil penyelidikan PhD masing masing. Setiap syarikat pemula yang ditubuhkan layak mendapat bantuan baucar sehingga RM500,000 bagi setiap syarikat bagi tujuan peningkatan skala teknologi, pembangunan prototaip komersial, pengesahan teknologi dan pasaran serta kolaborasi dan ujian lapangan bers ama sama industri.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Untuk menambah bilangan usahawan dalam kalangan graduan PhD dengan Kemahiran dan keupayaan pengkomersialan;
  2. Untuk menambah bilangan syarikat pemula berasaskan teknologi; dan
  3. Untuk memperkasakan graduan PhD bagi pengkomersialan hasil penyelidikan yang berpotensi.

Bisnes Buku : Sunrise atau Sunset?

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 40 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2024;
  2. Merupakan graduan PhD atau calon PhD di tahun akhir, dari universiti awam atau universiti swasta tempatan;
  3. Sekiranya merupakan Graduan PhD, peserta perlu berada dalam tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun daripada tarikh bergraduasi. Sekiranya melebih dua (2) tahun, peserta perlu menunjukkan bukti sokongan yang menunjukkan projek PhD peserta masih relevan d an mempunyai potensi pengkomersialan yang tinggi;
  4. Tidak bekerja penuh masa sepanjang tempoh pelaksanaan program;
  5. Tidak pernah menerima sebarang dana dengan skop atau tujuan yang sama dengan program PhDPreneur;
  6. Projek di tahap TRL 4-8;
  7. Projek atau produk dengan potensi teknologi dan pasaran yang baik (dinilai oleh penganalisis MTDC);
  8. Perlu memiliki sifat, potensi dan minat terhadap keusahawanan; dan
  9. Boleh memberikan komitmen penuh sepanjang pelaksanaan program (dikehendaki menandatangani surat tawaran yang mengandungi terma dan syarat yang wajib dipatuhi.

Pautan untuk permohonan: https://tinyurl.com/Permohonan-PhDPreneur

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Cek Norlia Mohd Shah: 03-8939 0619; norlia@mtdc.com.my
Mohd Shafiq Mohd Nor: 03-8939 0620; mshafiq@mtdc.com.my

Leave a Reply

Daftar Sekarang & Dapatkan Akses BASE Community

BASE (Business And Society Empowerment) adalah satu komuniti perniagaan yang membantu meningkatkan potensi perniagaan usahawan

© 2024 · BASE Community· Hakcipta Terpelihara